+601156729860 jasmin7hq@gmail.com

Jasmin7 merupakan sebuah syarikat pengeluar sabun pencuci nombor 1 di Malaysia. Produk Jasmin7 telah berada di pasaran Malaysia bermula pada tahun 2009 dan berpusat di Taman Alam Megah, Seksyen 28 Shah Alam. Kini, Jasmin 7 sudah berada lebih daripada 10 tahun di pasaran Malaysia.

Objektif Jasmin7 ditubuhkan adalah untuk membantu para surirumah khususnya dalam mendapatkan bahan pencuci yang berkualiti tinggi dan selamat digunakan pada harga yang sangat berpatutan. Berbekalkan konsep 5 in 1, Jasmin7 sudah tentu dapat membantu menyelesaikan masalah mendapatkan pencuci, pelembut, pewangi, penyinar dan antibakteria pada satu harga mampu milik.

Produk keluaran Jasmin7 didatangkan bersama logo halal Jakim, yang sudah tentunya sabun digunakan adalah bebas lemak haiwan dan boleh digunakan tanpa was-was. Selain daripada sabun detergent membasuh pakaian pelbagai warna, Jasmin7 juga mengeluarkan lain2 produk khusus untuk mencuci rumah, pinggan mangkuk dan kereta. Tidak ketinggalan, Jasmin7 juga mengeluarkan produk penjagaan diri seperti shampoo, sabun mandi, dan pencuci tangan.